Tuesday, May 15, 2012

Nakba Day

Assalammualaikum sayangs :)

korang tahu tak apa itu HAri Nakba? actually, effa pun baru tahu sebab kat facebook semua dah kecoh2 tukar DP and posted pasal benda ni. effa nak explain pun x reti sangat, takut nanti salah info pulak. so, maybe dengan baca komik kat bawah ni korang akan faham. enjoy~



so, how? korang faham and dapat info tak tentang Hari Nakba ni? even though effa x tukar DP fb, effa x post apa2 pasal Hari Nakba ni, dalam hati effa sentiasa berdoa untuk mereka. kadang kadang kita terlalu sebok pasal benda benda yang tersebar kat facebook sampaikan kita lupa yang diri kita sendiri, kawan2 and family lebih memerlukan pertolongan dan sokongan daripada kita.

CONTOH:

kadang kadang dalam sebok berfacebook, post benda ini, komen benda itu, kita lalai sampai melambat lambatkan solat. memang la kita solat, tapi kan lagi elok kalau diawalkan kan?

lagi satu, kat facebook sebok sebok post pasal quotation Islam, menyatakan kesyukuran kepada Allah dengan segala rezeki dan pencapaian diri sendiri tapi itu semua di facebook sahaja. in real life, solat pun tunggang langgang. kalau betul2 nak tunjuk rasa syukur tu, pergi 'direct' terus kat Allah. x payah post kat facebook dulu then baru fikir nak solat.

minta maaf sekira nya entry kali ni berbaur x puas hati sikit. tapi itu lah, sekadar menyatakan pandangan. effa pun dua kali lima macam tu jugak. so sama sama lah kita perbetulkan niat perbaiki diri from time to time. INSYAALLAH :)

Monday, May 14, 2012

Shopping & Steamboat

Hallooo sayangs! hows life? great?

just wanna share something about my last weekend. heok heok x ada la best mana pun tapi it is kind like a turning point in my life la sebab last friday, en boipren's sister dtg kl and sleepover at my house. guess what, i was like 'omagaddd.what should i do. how should i act. what should i ask her later?ok ok. chill and just take it easy. baru kakak dia yang datang kan? smile smile.jumpe nanti salam tangan, kalau beg dia banyak try angkat satu borak tanya khabar pasal mak abah semua tu. ok set :D'


tapi sadly it is not went well as what i have planned earlier. you know what did i do? 'tunggu depan srimas and that kenget driver taxi drive masuk ke dalam srimas and i was like kalut kejap because masuk dalam nak buat apa. bukannya kakak dia tahu pun rumah aku kat blok mana kann? at last aku call n suruh pakcik tu drive pergi depan balik. keluar je diorang dari taxi tu, aku datang kat diorang and PERGI DEKAT AIN TARIK BEG DIA!-sebabnye beg ain beg yang tarik tarik tu and beg dia besar. so... aku pun x tahu kenapa pergi ambik beg dia- then sepanjang nak naik atas tu, aku just sengih sengih x reti nak tanya khabar. as if lidah aku keras x boleh nak bercakap. geram! padahal dah siap berlatih depan cermin 150 juta kali. geram geram grrrr! bila dah sampai umah, bawak diorang masuk bilik suruh rehat2 dulu then suddenly ain datang dekat and hulur tangan, "effa, salam" -tahu tak perasaan malu yang aku rasa time tu? baru teringat yang aku x salam diorang langsung- FAILED! then masa tgh kemas2 diri tu, kaklong bagitahu, "effa, mak kirim salam" oh okay~ sekarang dapat point dah, mak mesti tahu klong datang kl and stay kat rumah girlpren abg ngah. okay. i must take care of myself. biar nampak hipokrit sikit pun x pe.


as what we had plan earlier, malam tu pergi tgk wayang, Dark Shadows, and jalan2 kat downtown kejap. the awkward moment is when you are about to watch a 18sx scene with someone that you want their heart. rasa awkward gila sebab most of the scenes dalam cerita tu sangat rakus dan ganas and we are like sitting stiff shutting mouth. omagadd. again FAILED! i dont even know yang cerita tu sampai macam tu sekali. tengok thriller macam kelakar je and i thought maybe it is a nice movie to watch with family member. habis je cerita, straight heading to downtown cheras jalan2 kat sana. time tu dah dekat nak pukul 2 pagi and that time, i felt dizzy. x tahu kenapa but i stay shut sebab fikir diorang jarang nak dtg and x mahu la nanti sebabkan i pening sikit, ktorang balik. plus, dengan keadaan downtown yg sesak dengan orang asap rokok lagi, memang bepusing pusing kepala aku time tu. rasa macam nak baring je but i am not showing any signs of headache. nanti diorang tgk muka sakit aku tu, mau serik nak datang kl lagi.

then esok nye pergi jalan jalan kat JALAN TAR. tempat shopping yang sangat memenatkan tapi berbaloi. just imagine dari pukul 12 sampai pukul 6 ptg bejalan kat sana sahaja. heh challenge accepted! no hal lahh. syok jugak la time bjalan sebab cara klong shopping sama dengan effa and mostof the time we both like the same thing. heok heok. gumbiraaa ada teman shopping yang sama kepala. personally, i think klong daring dalam berfesyen n make up. biar nampak simple but sweet and nice. dah penat bjalan semua, klong ajak g makan steamboat kat ampang, on her treat. so here those photos taken

Klong, Ain, me and en boipren

en boipren and me :)


Ain me and klong


itu je gambar yang sempat diambik. huhuu even sedikit tapi memori ttp ade dlm ingatan, InsyaALLAH. semoga kita betemu lagi. muah muahh

p/s: my dear friends tolong doakan yang terbaik untuk kedua dua family kami ye. thank you sayangs!




Monday, May 7, 2012

K.A.G.U.M

ASSALAMUALAIKUM SAYANGS~


hari ni, effa dapat panggilan telefon dari pensyarah gerko, En Yop. without saying any words, dia just minta fullname and ic number. tapi effa dah boleh agak dah kenapa dia minta semua tu. and at the same time, i told myself thousand times to be prepared mentally & physically. after class, effa decide nak jumpa En.Yop kat jabatan and he asked me to meet Puan Mona.

Effa: Puan, tadi en Yop ada minta fullname saya. yang tu pasal kagum tu ke?
Puan: ye effa. saya nak awak pergi kagum tu dgn faiz. junior awak tu. awak x kisah kan bekerja dgn org x sama batch dgn awak?
Effa: eh, x kisah. bila tarikh pergi kagum tu?
Puan: 9 Jun dah bertolak pergi sana.
Effa: (bergenang airmata) Puan, masa cuti ni saya pergi umrah dgn keluarga. balik sini 10 jun.
Puan: laa yeke. kalau macam tu x sempat la. sebab kena gerak skali semua. awak tahu x orang lain yang boleh mengarah?
Effa: x tahu. (sengih mintak penampar)
Puan: xpe la. budak DPLI tu ade. ok terima kasih ye bagitahu awal2. kalau x susah saya nak carik orang lain untuk ganti awak.
Effa: sama-sama

the moment i stepped out from the room, i cried. Ya Allah.. peluang dah kat depan mata dah. effa minat benda ni. effa suka. effa memang teringin sangat nak pergi. bukan sebab nama. sebab effa minat benda macam ni. susah nak berenti menangis until my friend said this to me;

"xpa la. lagi elok kau pergi sana, untuk masa depan dunia akhirat kau jugak. yang ni semua duniawi."

what she said is absolutely correct. mungkin kali ni, rezeki itu bukan buat effa. mungkin kali ni, rezeki tu Allah beri pada orang yang lebih layak untuk pergi. slow slow effa try untuk redha semua ni. mesti ada hikmah kan kan? walaupun pahit, tapi itu semua sementara. InsyaAllah, pasti ada manis yang berkekalan.

tak semua peluang yang dah ada depan mata itu untuk kita. bila effa bgtahu mama pasal benda ni, she was so happy. mama cakap x sangka pulak mama ada anak macam yusuf haslam. ahakk~ my mum memang suka menyentap orang. but then the moment i stated the date, she stay shut. then she said, kalau macam tu, before cuti ni effa tolong dia masa practice. nanti nak pergi tu carik orang lain. niatkan diri nak tolong orang, buakn untuk pergi suka2. bukan untuk dapat nama.

then effa fikir balik, betul jugak what mama has said. dah la sekarang ni nak dekat exam. that junior will not sit for the exam this sem, senang la dia nak practice semua. effa? mana nak study lagi, exam lagi. see. Allah dah plan yang terbaik buat effa yet effa susah nak terima. Ampunkan effa, oh Allah.




Sunday, May 6, 2012

-Getaran jiwa-

Assalammualaikum sayangs! hello there~ hows life? great?

Alhamdulillah, so far okay sje even though lately ni agak meroyan sikit dengan miserable life yang x penah berenti and keep on going from time to time. tapi tapi semuaaa tu x boleh nak lawan perasaan apa yang effa rasa since last night.


"xsabar nye nak tggu minggu depan" 
-Fara Dami Huda said she was with you in her post-

omagad! omagad! this is going to kill me people. next week i am gonna meet her up. i am super nervous since it will be our first meet. She is en boipren's sister. just call her kak long. huhuu selalu nye ktorang just bkomen n ber'chatroom di facebook sje and biasa laa. bila kat social network, we tend to be peramah-gila-wei even though we have never meet them yet. this situation is just the same with me. kat facebook bukan main lagi, tp tengok sje in real life. mau teketar ketar nak bcakap~

actually, effa x expect langsung akan jumpa kakak dia secepat ni. effa expect maybe next year ke. huhu tengok sekarang x prepare apa-apa pun lagi. still x reti masak. Ya Allah, harap2 x sempat nak makan kat rumah nanti. sebabnye, main aim kak long datang sini nak shopping and jalan2 kat Jln Tar. so i guess, mesti mkn kat luar n x sempat nak merasa effa masak. ahakk~ heres come the idea nak menyelamatkan diri~

apapa pun effa sangat mengalu-alukan kedatangan kak long minggu depan. at least debaran & getaran jiwa yang effa rasa selama ni kurang sikit kannn.. we must go step by step. mula2 adik dia dulu, then kakak then and last his parents. i bet, that time mesti i x tahu nak cakap apa dah. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku dalam mengambil hati mereka supaya mereka terima aku seadanya. amin. 

you all semua, please pray for me. x kalut sangat time bjumpa nanti.. okay sayangs! thank youuuu 
muah muahh


Friday, May 4, 2012

from DDRI to McD~

Assalammualaikum sayangs! :D

tahu tak apa tu DDRI? DDRI is an alphabetic for Dewan Dato' Razali Ismail. ni dewan utama ktorang. ada apa kat sana? well budak TESL sem 2 ada dramatization kat sana untuk kerja kursus BMK. walaupun kerja ni kerja last minute, tapi Alhamdulillah. Semua berjalan dgn lancar :)

pertandingan kelas ni dibuat antara kelas, so untuk kelas G1.8, effa yang in-charge. so-called 'Director' la kunun kann.. ehem! tak sesuai langsung. and guess what? kelas kitorang menang and effa dapat "pengarah terbaik" aisehh. memang kena la kan sebab effa kan suka mengarah. Alhamdulillah, dengan bakat suka mengarah yg dah lama terpendam terbuku di hati, at last i won something that worthy. Praise to Allah.

saya menang hamper~ :)


so, lepas habis semua dah siap kemas dewan bagai, tiba-tiba perut lapar sangat and we were decided to go to the mcD untuk mengisi perut and so-called meraikan happy day ni kann..

test test.. camera 8mp ehem!

kami suka gaya ini! :)

Farah n Wanie

perut sudah penuh, jom balik jom!

comel kan diorang? sumpah, diorang semua comel bagi aku!

disetiap gambar, ada bella wanie & haziq =.=

nampak kaki effa pendek! wuaaaa :'(

dan dan je nak corrupted gambar ni..

kat tangga pun bolehhh~ :p

lastly, hye! saya effa :D
bersyukur sangat sebab Allah sentiasa memberi peluang kat effa untuk rasa gembira walaupun sebenarnya hati x tenang risau. tapi x apa, effa percaya selagi kita SETIA pada Allah, Allah akan selalu ada untuk kita.
effa penat, nak tido. selamat malam sayangs! muah muah~


Wednesday, May 2, 2012

The Avengers!

Assalamualaikum sayangs!

Rawrr! tahu tak 'The Avengers' tu ape? alaa tu la new movie yang tgh meletops sekarang ni after 'The Battleship'. THUMBS UP for that movie. personally, super awesome and quite funny tengok watak Stark tu. dalam cerita ni dia punya watak tu macam bengong bengong sikit. ahakk! even effa sempat lagi terlelap but seriously that movie is ohsemm :)

The Avengers Marvel
well, niat dihati tercapai lagi bila en boipren belanja tgk wayang semalam. hehe terima kasih cintahati. next movie effa belanja pulak ye. last night we went together with en boipren's kazen (Amat & Aslam) and also his classmate (Dikchong) kira nya berlima lah kann and im the odd one. ;/  nasib baik Aslam & me quite rapat jugak even though jarang jumpa, but at least i dont feel like im the odd one. ada la jugak benda nak digurau kannnn...

after 5 days, semalam baru berkesempatan jumpa si en boipren and im glad, he is getting fat.'awok makan ape balik melakau? sihat bebeno badan'. but nevermind, i just like the way you are en boipren :')

tengok tengok. makin bulat kan dia? :)

but actually, effa sama je gemok :/
okay itu saja untuk kali ni. thank you for everything my dear. goodluck for your work, your innovation day, your others commitment. i love you and will always support youu :')

Wednesday, April 25, 2012

-stress-pressure-life-

hye. memang betul kata orang kan. nak buat benda baik ni memang banyak dugaan yang kita dapat. tapi, effa x rasa effa kuat untuk semua dugaan tu. bukan senang nak manage time betul2. kadang2 kita kena korbankan benda lain untuk dapatkan sesuatu yang kita nak. Oh Allah, i beg you. please, give me the strength. i am not strong enough to face this alone.

cakap memang senang, nak pergi buat pasport kena pergi sini and sini and sana. tapi pernah tak fikir macam mana nak pergi sini and sana tu? pernah tak terfikir berapa kena belanja untuk pergi sini and sana tu? memang la kita perlu berkorban, tapi effa rasa semua tu kena ada limit. effa x akan susahkan orang untuk kepentingan effa. unless diorang volunteer nak tolong then im free to allow them.

sampai sekarang effa fikir, ni semua dugaan or petanda dari Allah? dugaan nak pergi tempat Allah or petanda untuk effa back off. maybe effa belum layak lagi kot nak pergi sana. memang la family effa mampu nak tanggung kos pergi n balik semua. tapi, me myself dah ready ke nak pergi sana? im not going there for fun. i am going for the sake of Allah n myself. mama pesan, kena set niat awal2 sebelum pergi sana sebab takut Allah marah dgn niat yang x betul.

effa x mampu nak jadi kuat lagi dah. one by one masalah datang. dan setiap kali tu jugak effa susahkan semua orang. that is not me.effa x suka susahkan orang tapi itulah benda yang paling salu effa buat. mesti ade je mengemis mintak belas kasihan kat orang. sumpah rasa malu kat diri sendiri.

i feel useless! memang anak x berguna aku ni. dah ada peluang x reti pulak nak guna. sumpah, i am tired of my life. korang senang la nak cakap, be strong be strong. tapi yang menanggung tu aku. aku je tahu rasa macam mana nak tanggung semua tu. bukan setakat kawan je yang x faham, parents sendiri pun sama je. omagad! sumpah x faham. sumpah x suka life macam ni. sumpah x kuat. sumpah sakit hati. sumpah x tahu nak buat apa dah. i am just a normal person. i cant be extraordinary. i want a simple life.

"ohh Allah,if this is what You have set for me, i beg Allah, i beg. Give me the strength to face this alone. please give me ways to solve it without troubling anyone. i do not want to be a burden for them.
oh Allah, if i am not meant to go there, give me any guidance as an indication that i am not for that place. please Allah, i beg. i am not strong Allah."


*sekarang kena muhasabah diri banyak banyak. kawan cakap, mesti ada hikmah disebalik semua ini. and i believe it.