Tuesday, July 19, 2011

Jangan Kamu Marah!
Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..”

 
(al-Bukhari)
Huraian
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lain-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.



'i got this from iluvislam, for sure. the reason why im searching for this matter is simply because i think i am now in emotional climate. pfftt! i know it sounds sowhatever, but hey! sukahatikameklaahh :p






well hell, it is raging hormone among the teenagers ok. it is normal if we as a teenagers have this conflict within ourselves or others as well 
(this is just my opinion darl)
but, there are limits to that matter because during this period of time, we learn what is life and how to live the life, right? so, if you were about to get tempered or conflicts within yourselves, cepat-cepat cari cara untuk ubat balik hatimu tu. sebab semakin kita marah, makin suka syaitan nak dekat dekat and hasut hasut diri kita. so, try to console yourselves. (for me as well) sebab tu la everytime kalau kita marah, kita mudah sangat nak mencaci mengutuk menyumpah menumbuk menendang membaling dan segala jenis 'mem' or 'meng' laah. 
for me myself, when i was about to lose temper, i'll cry. because i think it is better rather than i curse people yang sah sah bole dapat dosa percuma kan? (ermm, kkadang tu mnyumpah jugak. kalau dah malaaampau sngt kan? sowhat? sound la sikit) 
well, that is what im doing. different people comes with different style. so, do search your own style on how to overcome anger. Goodluck! ^.^

this is how u will look alike if u cant manage your anger. scary is it?

All that u have to do is, be cool and smile in whatever situation :) 
 

No comments:

Post a Comment